Welcome 2012

PERMOHONAN KELAS PRASEKOLAH 2012

Kanak-Kanak Yang Dilahirkan Pada Tahun 2006 Adalah Dipelawa Untuk Memasuki Kelas Prasekolah
Di SK Bukit Ibam. Permohonan Dibuka Mulai SEKARANG. 
Borang Permohonan Boleh Didapati Di Pejabat SK Bukit Ibam..

( Waktu Bekerja 8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang )



TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15.09.2011

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Tahun 2012


Para pelajar Tahun 6 atau Darjah 6 yang akan menduduki UPSR 2011 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2012 adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online sekarang. Ketika ini terdapat 57 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 1.

Aliran SBP
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu Aliran Sains dan Aliran Agama. Ketika ini terdapat 43 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Sains : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Agama : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

Permohonan SBP Tingkatan 1 2012

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak DUAsalinan.
    1. Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah asal pemohon.
    2. Salinan kedua dihantar kepada Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dipilih.
  • Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh Pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan oleh pengetua lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini akan ditutup pada 15 Oktober 2011.

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2011.

1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka



1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!

ZOOM A

PIHAK SEKOLAH SKBI INGIN MENGUMUMKAN SATU BERITA BAIK IAITU PERLAKSANAAN SISTEM PEMBELAJARAN SECARA ONLINE 
ZOOM-A
ZOOM-A ini  Khusus untuk pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPS. Dengan Program ZOOM-A ini pelajar boleh membuat latih tubi secara berfokus kerana pelajar boleh belajar mengikut topik atau membuat latihan melalui klon soalan dan juga ujian. Program ini dapat membantu pelajar untuk membuat latihan serta membuat analisa pencapaian.
 Dengan program ZOOM-A ini, anda bukan sahaja boleh belajar di sekolah malah anda juga boleh belajar secara online di rumah.
 tiket RM 10 setahun.


PEMBELAJARAN INTERAKTIF SECARA PERCUMA

PEMBELAJARAN SISTEMATIK DAN MENYELURUH SECARA ONLINE PERINGKAT RENDAH

Matlamat Dan ciri-ciri Pelajar SK BUKIT IBAM

  • Beriman dan bertaqwa kepada Allah dan Rasul
  • Memiliki sahsiah, akhlak dan nilai-nilai murni
  • Kecemerlangan akademik yang tinggi dan berlumba-lumba untuk maju
  • Berketrampilan, berani, cekal dan bersemangat tinggi
  • Berilmu dan menguasai kemahiran ICT
  • Menjadi contoh kepada rakan sebaya serta bijak dalam pengurusan masalah harian
  • Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara
  • Menguasai bahasa kedua dan perkara asas fardu ain
  • Mengutamakan kesihatan dan cintakan kebersihan
  • Mampu bersaing dalam semua aspek kurikulum dan Ko-kurikulum.

SEJARAH SK BUKIT IBAM

Bukit Ibam merupakan sebuah penempatan pekerja Lombong Besi (Rompin Co). Memikirkan Bukit Ibam memiliki ramai penduduk dan anak– anak mereka perlukan pembelajaran yang sempurna, pihak Jabatan Pelajaran pada masa itu menubuhkan sebuah sekolah yang dinamakan SK Bukit Ibam (SKBI) pada tahun 1964.

     Seawal penubuhan, SKBI telah diterajui oleh En Hamzah B Sulung beserta 5 orang guru dengan kemudahan 3 bilik darjah, kantin, air dan elektrik. Murid pula seramai 43 orang yang terdiri daripada murid melayu dan asli. Pertambahan bilangan murid  meningkat kepada 136 orang apabila lebih ramai pekerja lombong baru menetap di sini. Setiap tahun, pertambahan bilangan murid semakin menggalakan sehingga 281 orang dengan 9 tenaga pengajar pada tahun 1970.

     Namun, kegemilangan SKBI tidak bertahan lama. Rompin Co terpaksa ditutup. Akibat dari itu, pengurangan murid mula terasa apabila ramai bekas pekerja lombong pulang ke negeri masing– masing. Sehinggalah pada 20.10.1970 kehadiran PPSK bagi membincangkan penutupan SKBI. Sehingga Sept 1970 seramai 52orang murid telah ditukarkan ke SK Leban Condong, Rompin. Segala peralatan dan fail– fail diserahkan kepada Pejabat Pelajaran Pekan. Awal 1971, SKBI ditutup dengan rasminya.

    Berkat jasa PM Malaysia, Tun Hj Abdul Razak maka Bukit Ibam di letakan dibawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA). Demi menjaga pembelajaran kanak– kanak di sini, maka pada 15 Julai 1971 SKBI ditubuhkan semula di atas tapak Sekolah Inggeris Bukit Ibam dengan seramai 10 orang tenaga pengajar dan diterajui oleh En Syed Abd.Rahman B Syed Ishak. Bilangan murid pada awal penubuhan hanyalah seramai 11 orang (4 lelaki, 7 perempuan) Peningkatan keramaian murid terus berkembang sehinggalah ke hari ini.

back to top