Semua pelajar tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR.Peperiksaan pertama yang akan menentukan hala tuju pendidikan para pelajar samada para pelajar akan menyambung pengajian ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), atau Sekolah Menengah Harian. Oleh itu, terpulang kepada kehendak, usaha dan sejauh mana keinginan para pelajar untuk meletakkan diri mereka ke satu peringkat yang lebih tinggi. iaitu mencapai keputusan cemerlang didalam UPSR dan seterusnya menempatkan diri mereka di sekolah bestari.
Kepada semua pelajar tahun 6, berjuanglah berhabis-habisan, maksimumkan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Jangan sesekali berputus asa... dan yakinlah dengan diri anda dan sentiasalah percaya anda boleh menjadi insan yang cemerlang dan anda boleh melakukannya.
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Tanggal 28.08.1954 lahirlah seorang puteri, beliau dilahirkan di Kampung Nenasi, Pekan Pahang.
Beliau telah banyak menaburkan jasa dan baktinya kepada anak bangsa. Antara tugas-tugas beliau sepanjang perkhidmatan di Sek Keb Bukit Ibam, beliau telah diamanahkan menjadi Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Sudah menjadi adat bagi seorang pendidik yang banyak mencurahkan bakti kepada anak bangsa tapa memikirkan penat, lelah, akan merasai penghujung tugasnya sebagai insan yang bergelar guru. Tugasnya sebagani seorang pendidik dilakukan dengan ikhlas dan jujur. Mencurahkan ilmu kepada anak-anak supaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Berikut merupakan majlis yang telah meraikan persaraan Pn Khatijah Bt Maidin pada 28.08.2012 setelah berkhidmat sebagai guru selama 32 tahun dan juga sempena meraikan Sambutan Hari Raya 2012 peringkat Sekolah Bukit Ibam.
Ampun dan maaf andainya kami ini…
Terkasar bahasa dalam berbicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya anda terima
Termacam-macam yang kena-mengena..
Di hari yang mulia sepuluh jari kami hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana kami masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa Semoga dimaafkan,
PIHAK SEKOLAH SKBI INGIN MENGUMUMKAN SATU BERITA BAIK IAITU PERLAKSANAAN SISTEM PEMBELAJARAN SECARA ONLINE
ZOOM-A
ZOOM-A ini Khusus untuk pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPS. Dengan Program ZOOM-A ini pelajar boleh membuat latih tubi secara berfokus kerana pelajar boleh belajar mengikut topik atau membuat latihan melalui klon soalan dan juga ujian. Program ini dapat membantu pelajar untuk membuat latihan serta membuat analisa pencapaian.
Dengan program ZOOM-A ini, anda bukan sahaja boleh belajar di sekolah malah anda juga boleh belajar secara online di rumah.
Bukit Ibam merupakan sebuah penempatan pekerja Lombong Besi (Rompin Co). Memikirkan Bukit Ibam memiliki ramai penduduk dan anak– anak mereka perlukan pembelajaran yang sempurna, pihak Jabatan Pelajaran pada masa itu menubuhkan sebuah sekolah yang dinamakan SK Bukit Ibam (SKBI) pada tahun 1964.
Seawal penubuhan, SKBI telah diterajui oleh En Hamzah B Sulung beserta 5 orang guru dengan kemudahan 3 bilik darjah, kantin, air dan elektrik. Murid pula seramai 43 orang yang terdiri daripada murid melayu dan asli. Pertambahan bilangan murid meningkat kepada 136 orang apabila lebih ramai pekerja lombong baru menetap di sini. Setiap tahun, pertambahan bilangan murid semakin menggalakan sehingga 281 orang dengan 9 tenaga pengajar pada tahun 1970.
Namun, kegemilangan SKBI tidak bertahan lama. Rompin Co terpaksa ditutup. Akibat dari itu, pengurangan murid mula terasa apabila ramai bekas pekerja lombong pulang ke negeri masing– masing. Sehinggalah pada 20.10.1970 kehadiran PPSK bagi membincangkan penutupan SKBI. Sehingga Sept 1970 seramai 52orang murid telah ditukarkan ke SK Leban Condong, Rompin. Segala peralatan dan fail– fail diserahkan kepada Pejabat Pelajaran Pekan. Awal 1971, SKBI ditutup dengan rasminya.
Berkat jasa PM Malaysia, Tun Hj Abdul Razak maka Bukit Ibam di letakan dibawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA). Demi menjaga pembelajaran kanak– kanak di sini, maka pada 15 Julai 1971 SKBI ditubuhkan semula di atas tapak Sekolah Inggeris Bukit Ibam dengan seramai 10 orang tenaga pengajar dan diterajui oleh En Syed Abd.Rahman B Syed Ishak. Bilangan murid pada awal penubuhan hanyalah seramai 11 orang (4 lelaki, 7 perempuan) Peningkatan keramaian murid terus berkembang sehinggalah ke hari ini.
Aktiviti Mengenal huruf Aa & Nombor 1-3.
-
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Sebelum masuk tido mama nak update cerita anak2 la dulu. Malam ni mama
update aktiviti kakak dan adik semalam...
PROGRAM KAWASAN
-
Ketika hadir walimatulurus di rumah keluarga En Ishak Armi Bin Abd Jalil
kakitangan Teras Dara Konsortium Bandar Tun Abd Razak pada 02hb Mei 09 di
majlis ...