SEJARAH SK BUKIT IBAM

SEJARAH BUKIT IBAM

Bukit ibam merupakan satu kawasan penempatan hasil dari tinggalan Pentadbiran Syarikat Perlombongan Rompin (Inggeris) sekitar tahun 60-an. Ianya terletak 24 Km dari Bandar Muadzam Shah dan kira-kira 125 Km dari Bandar Kuala Rompin Pahang. Kegemilangan Bukit Ibam bermula dengan penemuan Batu Logam oleh seorang Asli bernama Leman. Batu Logam ini diberikan kepada kawannya dan setelah dilakukan penyelidikan, didapati Batu Logam tersebut adalah merupakan serpihan Bijih Besi. Penemuan ini telah menarik minat Syarikat Perlombongan Ingeeris untuk membuat kajian lanjut terhadap kawasan Bijih Besi tersebut ditemui. Setelah selesai kajian dibuat maka Pihak Syarikat Perlombongan Inggeris telah memutuskan untuk membuka Lombong Bijih Timah di kawasan tersebut.



Bukit Ibam yang dahulunya sebuah kampung pedalaman yang sunyi, kini telah bertukar wajah. Kini Bukit Ibam telah dibangunkan oleh Pihak Syarikat Perlombongan Inggeris dengan pelbagai prasarana dan kemudahan. Landasan keretapi telah dibina bagi menghubungkan Bukit Ibam dengan lanjut di Rompin Pahang awal tahun 1960. Sebelum adanya landasan keretapi, perjalanan ke Bukit Ibam ialah dengan menaiki bot melalui Sg. Rompin ke Kg. Aur seterusnya ke Bukit Ibam sejauh 18 Km melalui jalan kampung. Semasa pembinaan landasan keretapi inilah Juruukur Syarikat Inggeris (Rompin Mining Company / ROMPINCO) iaitu “Fittsburg” telah membaca sebuah buku bertajuk “I Bought A Mountain “. Dari sinilah nama IBAM diambil dari huruf-huruf awalan tajuk tersebut.


PENUBUHAN SEKOLAH

Sejak Lombong Bijih Besi dibuka di Bukit Ibam, pentadbiran Bukit Ibam dikendalikan sepenuhnya oleh Syarikat Inggeris (ROMPINCO). Pihak syarikat telah mendirikan dua buah sekolah di kawasan ini pada tahun 1961 iaitu:

  1. Sekolah Inggeris Bukit Ibam ( di tapak SK. Bukit Ibam sekarang)
    • Sekolah beraliran Inggeris
    • Guru Besarnya ialah Sir Conveny (Australia)
    • Guru-guru terdiri dari kaum India dan Cina.
    • Murid-muridnya terdiri dari anak-anak pegawai Ingeeris, Cina, India dan Melayu
    • Dilengkapi kemudahan Banggunan Kayu sepenuhnya dengan 5 buah bilik darjah, sebuah kantin, dan sebuah Gelanggang Tenis, juga bekalan elektirk dan air
    • Pentadbiran sepenuhnya oleh pihak syarikat

  1. Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam (di tapak Perpustakaan Cyber Bukit Ibam sekarang)
    • Sekolah beraliran Melayu
    • Guru Besar: En. Hamzah bin Sulong (dibantu 5 orang guru Melayu)
    • Murid seramai 43-85 orang terdiri dari Kaum Melayu dan Asli.
    • Dilengkapi kemudahan Banggunan Kayu sepenuhnya dengan 3 buah bilik darjah dan sebuah kantin, juga bekalan elektirk dan air (yang disediakan percuma oleh Pihak Syarikat)
    • Pentadbiran dijalankan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Pejabat Pelajaran Daerah Pekan.



    PERKEMBANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT IBAM

    Pada awal penubuhannya (1961) pihak Kementerian Pelajaran telah melantik 6 orang guru bertugas di sini. Mereka terdiri dari:

           Guru Besar                  : En. Hamzah bin Sulong          
           Guru Penolong             : En Muhammad bin Abdullah ( Kg. K. Pahang, Pekan)
                                              : En. Che Zakaria bin Chek ( Kg. Phg Tua, Pekan)
                                              : En Said bin Tok ( Kg Tg Lumpur, Kuantan)
                                              : En Muhammad bin Umar ( Kg. Langgar, Pekan)
                                               : Ustaz Omar ( Jerantut, Pahang)

    Sekolah yang mempunyai 3 bilik darjah ini telah menempatkan seramai 43 rang murid yang majoritinya Murid Melayu tempatan dan beberapa murid Kaum Asli. Pada bulan Mei 1964, Pihak Syarikat telah mengambil tenaga-tenaga buruh dari luar untuk bekerja di Lombong Bijih Besi dari Orang Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kebanyakkan pekerja Melayu diambil dari Negeri terengganu dan Kelantan.

    Dengan kemasukan pekerja-pekerja dari luar ini, maka bertambahlah bilangan penduduk Bukit Ibam yang mana mereka telah disediakan rumah-rumah dengan mengikut status pekerjaan dan jawatan. Kesedaran penduduk-penduduk Bukit Ibam terhadap pentingnya pendidikan kepada anak-anak dan diri mereka sendiri mulai timbul. Oleh itu, pada tahun 1965 bilangan murid yang bersekolah di Sekolah kebangsaan Bukit iBam mulai meningkat menjadi 136 orang. Kelas Dewasa juga dibuat oleh Pihak Jemaah Pengurus Sekolah dengan bayaran RM 5 sebulan setiap seorang pada waktu malam. Penyeliaan sekolah sentiasa dilakukan oleh PPSK daerah Pekan.

    Kepadatan murid tidak dapat ditampung oleh pihak sekolah yang serba kekurangan ini. Dengan hanya mempunyai 3 buah bilik darjah, sekolah ini terpaksa menampung murid dari 6 alirang iaitu darjah 1,2,3,4,5 dan 6. Oleh itu, persekolahan terpaksa diadakan dalam Dua siding iaitu:

    1. Sidang pagi     ( Murid Darjah 3,4,5 dan 6)
    2. Sidang petang ( Murid Darjah 1 dan 2)

    Guru –guru yang bertugas terpaksa mengajar di Sidang Pagi dan Petang termasuk Guru Agama. Pertambahan murid semakin menggalakkan pada tahun 1966 iaitu menigkat kepada 155 orang. Oleh itu pihak Jabatan Pelajaran telah menambah jumlah guru untuk bertugas disini, Mereka ialah:

                Guru Besar                   : En. Hamzah bin Sulong          
                Guru Penolong              : En Badu Rahim bin Ali
                                                    : En. Che Zakaria bin Chek
                                                    : Cik Hasanah bt Wok Bakar
                                                    : En Syed Sulaiman bin Syed Mahammad
                                                    : Ustazah Ramlah bt Ismail
                                                    : En Mohammad bin Abdullah
                                                    : En Ahmad bin Majidin
                                                    : En Khalid bin Kassim


    Pada 29.10.1966, DYMM Sultan Pahang telah berkenan untuk melawat ke Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam. Lawatan Baginda telah diiringi oleh pegawai –pegawai pelajaran. Sesi lawatan ini berlangsung selama 3 hari. Pihak Syarikat telah menanggung segala perbelanjaan makan dan minum serta pesta-pesta keramaian semua penduduk-penduduk di Bukit Ibam selama 3 hari 3 malam. Hasil lawatan, Baginda berpuas hati dan mengucapkan syabas kepada pihak jemaah Pengurusan Sekolah kerana perkembangan pendidikan di Bukit Ibam telah menunjukkan penigkatan yang menggalakkan.

    Pertambahan murid terus meningkat dari tahun ke tahun dengan bilangan tenaga pengajar seramai 9 orang. Tahun 1967 bilangan murid seramai 176 orang. Pada tahun 1970 murid terus meningkat sehingga seramai 281 orang dengan tenaga pengajar yang sama. Perkembangan Pendidikan yang menggalakkan ini malangnya tidak dapat bertahan lama. Ini adalah disebabkan Pihak Syarikat (ROMPINCO) telah gagal untuk menyambung perjanjian kontrak Perlombongan Bijih Besi di Bukit Ibam yang mana akan tamat pada akhir tahun 1969 juga berlaku beberapa krisis dalaman di dalam pengurusan ROMPINCO ini. Akhirnya ROMPINCO telah ditamatkan kontraknya dan Lombong Bjih Besi Bukit Ibam ditutup pada awal tahun 1970. Sedikit demi sedikit pekerja-pekerja Lombong dihantar pulang ke negeri masing-masing. Dengan penghantaran balik mereka ini menyebabkan bilangan murid semakin berkurangan kerana mengikut keluarga mereka berpindah. Dengan fenomena ini. Maka pihak Kementerian Pelajaran telah bercadang untuk menutup Sekolah kebangsaan Bukit Ibam. Pada 20.10.1970 pihak Jabatan Pelajaran telah menghantar seorang pegawai PPSK ke sekolah ini untuk membuat perbincangan mengenai proses penutupan sekolah. Hasil perbincangan tersebut telah dipersetujui segala peralatan seperti meja dan kerusi sekolah dihantar ke Sekolah Kebangsaan Leban Condong. Segala fail-fail disimpan di Pejabat Pelajaran Daerah Pekan dan Wang-wang dimasukkan ke dalam Akaun Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Murid-murid yang ingin bertukar sekolah telah diuruskan. Sehingga bulan September 1970 seramai 52 orang murid telah berjaya dipindahkan. Sebahagian dari murid tempatan terpaksa menamatkan persekolahan mereka kerana tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah luar. Akhirnya pada penghujung tahun 1970, maka Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam telah ditutup termasuk Sekolah Inggeris Bukit Ibam ditutup pada awal tahun 1970.

    PEMBANGUNAN SEMULA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT IBAM

    Pada 16 November 1970, Perdana Menteri Malaysia, Tun Haji Abdul Razak telah berkenan untk melawat Bukit Ibam. Dalam ucapannya kepada penduduk Bukit Ibam, Tun telah menyatakan bahawa Bukit Ibam tidak akan dibiarkan mati sebaliknya akan dijadkan sejarah nadi bagi rancangan pembanggunan tanah raksasa Pahang Tenggara.

    Pentadbiran Bukit Ibam telah diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang pada 3.2.1971. Pentadbiran Bukit Ibam diuruskan oleh Syarikat Ibam Sdn. Bhd. Yang mana akhirnya pada 1.9.1972 Bukit Ibam diletakkan di bawah Pentadbiran DARA ( Lembaga kemajuan Pahang Tenggara)

    Dengan pentadbiran baru ini ( Syarikat Ibam Sdn Bhd ) maka pendidikan kanak-kanak mula diberi perhatian semula. Akhirnya pada 15.7.1971, Sekolah Kebangsaan Bukit Ibamdiwujudkan semula dengan menggunakan Banggunan Sekolah Inggeris Bukit Ibam, iaitu Tapak SK. Bukit Ibam sekarang. 10 orang guru ditugaskan oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk mengajar dan mentadbir sekolah ini. Mereka diketuai oleh En. Syed Abd Rahman bin Syed Ishak ( Guru Besar ), Pn. Kesum Lilee bt Mohd Din ( Guru Penolong Kanan ) dan 8 orang guru penolong termasuk Guru Agama. Bilangan murid yang bersekolah ketika itu hanya 11 orang terdiri dari :

    Kelas
    Lelaki
    Perempuan
    Darjah 1
    1
    1
    Darjah 2
    1
    3
    Darjah 3
    1
    -
    Darjah 4
    -
    2
    Darjah 5
    1
    1
    Jumlah
    4
    7



    Pada Tahun 1972, minat dan kesedaran penduduk terhadap pendidikan mulai meningkat menyebabkan bilangan murid yang bersekolah menjadi 53-83 orang sepanjang tahun. Tahun 1973 murid semakin meningkat iaitu 128 orang tetapi tenaga guru berkurangan menjadi sehingga 6 orang sahaja. Tahun 1974 guru diatnbah semula menjadi 8 orang. Oleh kerana kekurangan bilik darjah sekolah terpaksa dijalankan di Sidang Pagi dan Petang. Pada 26.2.1974, Pihak Sekolah telah menerima bantuan sebuah Peti Televisyen dari pihak Kementerian Pelajaran untuk siaran Rancangan TV Pendidikan.

    Pada Penghujung tahun 1974, En Syed Abd Rahman bin Syed Ishak ( Guru Besar telah ditugaskan ke sekolah lain. Tempat beliau telah diganti oleh En Nordin bin Omar pada 1.1.1975 sebagai Guru besar yang baru. Di bawah pentadbiran En Nordin bin Omar, tenaga pengajar ketika itu ialah seramai 10 orang termasuk Guru Besar. Guru-guru penolong ialah:

    Guru Besar                   : En Nordin bin Omar  
                Guru Penolong              : En Chang Jui Kia
                                                    : En. Said bin Chik
                                                    : Cik Norlaili bt Jasma
                                                    : En Mohd Zin bin Ishak
                                                    : En Abdullah bin Mohd Shah
                                                    : En Muhammad Nordin bin Nassir
                                                    : En Abd Razak bin Salam
                                                    : Pn. Ramlah binti Ismail ( Guru Agama )

    Penigkatan murid dan guru berterusan sehingga ke tahun 1976 yang mana bilangan murid ialah seramai 346 orang dan guru seramai 14 orang. Pada tahun 1978 Pihak Kementerian telah mendirikan 3 Blok Banggunan Kayu dengan mempunyai 12 Bilik Darjah di tapak berhampiran banggunan lama sekolah ini. Di kawasan berhampiran juga didirikan 4 buah rumah guru (sebahagian kayu dan konkrit) bagi kemudahan tempat tinggal guru-guru terbabit. Pada 29.1.1978 satu Majlis Tahlil, Sembahyang Hajat dan Doa Selamat diadakan sempena pembukaan Banggunan baru ini. Akhirnya pada 30.1.1978, Bangunan baru yang telah dibina dapat digunakan sepenuhnya dan berjaya menampung bilangan murid. Sejak itu siding persekolahan manjadi satu bidang sahaja iaitu Sidang Pagi.

    Pertambahan murid dan guru semakin menigkat dari tahun ke tahun. Pembangunan demi pembanggunan telah dibuat ke atas sekolah ini dengan tenaga pengajar serta kakitangan yang silih berganti. Oleh kerana kepadatan murid dan kekurangan bilik darjah serta bilik-bilik berkaitan yang lain, akhirnya terbinalah satu bangunan konkrit hasil gotong-royong pada tahun 1989 yang mempunyai 4 bilik darjah dan dapat digunakan pada tahun 1990. Sebagai galakan dan kemudahan kepada murid-murid Kaum Asli sekolah ini. Pihak Kementerian telah mendirikan sebuah Asrama Pusat Murid Asli dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Pentadbirannya dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah dan seorang Warden Asrama telah dilantik dikalangan guru sekolah ini. Pembinaan Asrama ini di atas tapak kawasan yang letaknya kira-kira 0.35 Km dari kawasan sekolah. Asrama ini dilengkapi dengan 3 kemudahan 3 buah rumah kayu berkembar ( 2 pintu), sebuah dewan makan, katil, tilam dan bantal. Segala perbelanjaan murid Asli ditanggung oleh JHEOA Rompin. Pembanggunan terus giat dijalankan sehingga tahun 1994. Akhirnya pada tahun 1995 bangunan Asal Sekolah Inggeris ( Blok Kayu 5 Bilik Darjah ) telahpun dirobohkan dan tapaknya digantikan dengan sebuah banggunan konkrit 2 tingkat yang mempunyai 6 Bilik Darjah dan tandas di setiap satu aras. Banggunan Kayu Sekolah Inggeris Bukit Ibam yang banyak berjasa ini, kini hanya tinggal dalam kenangan sejarah kepada setiap insane yang pernah menjadi penghuninya satu ketika dahulu.

    Kini pembanggunan semakin pesat dijalankan ke atas sekolah ini, berbagai kemudahan telah disalurkan ke sekolah ini baik dari segi bangunan dan juga peralatan. Pada tahun 1998 sebuah lagi bangunan konkrit 2 tingkat didirikan. Kemasukan murid ke sekolah semakin ramai dengan pembukaan MARKAS 322 TUDM pada tahun 1993 di Bukit Ibam dan perpindahan pejabat dan pekerja-pekerja JKR dari Muadzam Shah ke Bukit Ibam (1996). Pada tahun 2000 sebuah lagi banggunan 2 tingkat didirikan di sekolah ini. Bangunan yang mempunyai 6 buah bilik darjah, sebuah Makmal Sains, Tandas dan juga stor ini telah dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 2001.

    Abad ke-21, beberapa projek pembangunan kian rancak dijalankan. Pada tahun 2002, beberapa projek mendirikan banggunan dijalankan iaitu membina sebuah Makmal Komputer dengan muatan 21 buah Komputer, Sebuah Asrama konkrit 2 tingkat, 6 buah kuarters Guru Konkrit, Dewan Makan dan juga Surau. Dengan pembangunan yang pesat
    Ini, maka pihak sekolah terpaksa menggunakan padang sekolah untuk dijadikan tapak pembinaan kerana masalah kekurangan kawasan sekolah.


    Bil
    Tahun
    Guru Besar
    1
    1961
    Hingga
    01.05.1971

    En. Hamzah bin Sulong
    2
    15.07.1971
    Hingga
    31.12.1974

    En Syed Abd Rahman bin Syed Ishak
    3
    01.01.1975
    Hingga
    04.06.1981

    En Nordin bin Omar
    4
    05.06.1981
    Hingga
    01.12.1985

    En Mohd Yunus bin Yussof
    5
    02.12.1985
    Hingga
    25.10.1986

    En Ahmad Zaighu bin Haji Shamsuddin
    6
    26.10.1986
    Hingga
    03.01.1988

    En Yahya bin Hamid
    7
    04.01.1988
    Hingga
    30.04.1994

    En Hassim bin Awang Bidin
    8
    20.05.1994
    Hingga
    01.09.2002

    En A. Wahab bin Hj. Mat Tahir
    9
    16.09.2002
    Hingga
    2007

    En Mohammad Lotfi bin Abu Talib
    10
    2007
    Hingga
    sekarang

    Tuan Haji Shamsuddin bin Salipon
           


    back to top