PROFILE SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT IBAM

Tuan Haji Samsudin bin Salipon
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Bersyukur kita ke hadrat ilahi yang memberi kita peluang meneruskan perjuangan serta dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita. tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa panduan dan perancangan yang rapi.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk meneruskan usaha berterusan ini perlu memiliki pelbagai kemahiran dan keupayaan, mengenalpasti dan menyelesaikan apa jua masalah yang timbul. bagi mengelakkan apa yang dirancang tersasar.

Bagi tahun 2010, fokus utama kami adalah dalam Pembangunan Insan Cemerlang Akademik dan merealisasikan Pelaksanaan Literasi Numerasi (LINUS). Kepimpinan yang berkualiti, kerjasama, toleransi dan bersikap terbuka merupakan unsur jaminan ukhuwah dan iltizam dalam menghasilkan kecemerlangan.

Selain itu, kami juga berusaha menyusun strategi dan bekerja gigih dalam meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum, Para pelajar akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang lebih dominan selaras dengan dasar-dasar kerajaan Malaysia dalam mencapai wawasan 2020.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa dan berganding bahu menuju kecemerlangan SKBI

Sekian, Terima Kasih.




SENARAI GURU DAN KAKITANGAN TAHUN 2010

Guru SKBI 2010 


Kakitangan SKBI 2010





Murid Tahun 6 SKBI Sesi 2010




Lagu Sekolah 

Pusat Pendidikan Yang Kami Sanjung
SKBI Yang Tercinta,
Berdedikasi Itulah Moto Gurunya,
Berkorban Demi Kami,
Menjadi Pelajar Yang Berjaya,
Matlamat Hidup Kami






















back to top