PERJUANGAN UPSR 2012


Semua pelajar tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR.Peperiksaan pertama yang akan menentukan hala tuju pendidikan para pelajar samada para pelajar akan menyambung pengajian ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), atau Sekolah Menengah Harian. Oleh itu, terpulang kepada kehendak, usaha dan sejauh mana keinginan para pelajar untuk meletakkan diri mereka ke satu peringkat yang lebih tinggi. iaitu mencapai keputusan cemerlang didalam UPSR dan seterusnya menempatkan diri mereka di sekolah bestari. 



Kepada semua pelajar tahun 6, berjuanglah berhabis-habisan, maksimumkan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Jangan sesekali berputus asa... dan yakinlah dengan diri anda dan sentiasalah percaya anda boleh menjadi insan yang cemerlang dan anda boleh melakukannya.  


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh


Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

  


Persaraan Pn Khatijah Bt Maidin Dan Jamuan Hari Raya 2012


Tanggal 28.08.1954 lahirlah seorang puteri, beliau dilahirkan di Kampung Nenasi, Pekan Pahang.

Beliau telah banyak menaburkan jasa dan baktinya kepada anak bangsa. Antara tugas-tugas beliau sepanjang perkhidmatan di Sek Keb Bukit Ibam, beliau telah diamanahkan menjadi Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Sudah menjadi adat bagi seorang pendidik yang banyak mencurahkan bakti kepada anak bangsa tapa memikirkan penat, lelah, akan merasai penghujung tugasnya sebagai insan yang bergelar guru. Tugasnya sebagani seorang pendidik dilakukan dengan ikhlas dan jujur. Mencurahkan ilmu kepada anak-anak supaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara. 


Berikut merupakan majlis yang telah meraikan persaraan Pn Khatijah Bt Maidin pada 28.08.2012 setelah berkhidmat sebagai guru selama 32 tahun dan juga sempena meraikan Sambutan Hari Raya 2012 peringkat Sekolah Bukit Ibam. 


 Ucapan dari Pn Khatijah Bt Maidin


Penyampaian Cenderahati dari Guru Besar 



Persembahan Nyanyian murid-murid tahun 5 


 Persembahan  Murid tahun 5







Perarakan keluar Pn Khatihah Bt Maidin.



back to top