PERJUANGAN UPSR 2012


Semua pelajar tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR.Peperiksaan pertama yang akan menentukan hala tuju pendidikan para pelajar samada para pelajar akan menyambung pengajian ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), atau Sekolah Menengah Harian. Oleh itu, terpulang kepada kehendak, usaha dan sejauh mana keinginan para pelajar untuk meletakkan diri mereka ke satu peringkat yang lebih tinggi. iaitu mencapai keputusan cemerlang didalam UPSR dan seterusnya menempatkan diri mereka di sekolah bestari. 



Kepada semua pelajar tahun 6, berjuanglah berhabis-habisan, maksimumkan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Jangan sesekali berputus asa... dan yakinlah dengan diri anda dan sentiasalah percaya anda boleh menjadi insan yang cemerlang dan anda boleh melakukannya.  


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh


Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

  


back to top