Matlamat Dan ciri-ciri Pelajar SK BUKIT IBAM

  • Beriman dan bertaqwa kepada Allah dan Rasul
  • Memiliki sahsiah, akhlak dan nilai-nilai murni
  • Kecemerlangan akademik yang tinggi dan berlumba-lumba untuk maju
  • Berketrampilan, berani, cekal dan bersemangat tinggi
  • Berilmu dan menguasai kemahiran ICT
  • Menjadi contoh kepada rakan sebaya serta bijak dalam pengurusan masalah harian
  • Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara
  • Menguasai bahasa kedua dan perkara asas fardu ain
  • Mengutamakan kesihatan dan cintakan kebersihan
  • Mampu bersaing dalam semua aspek kurikulum dan Ko-kurikulum.

SEJARAH SK BUKIT IBAM

Bukit Ibam merupakan sebuah penempatan pekerja Lombong Besi (Rompin Co). Memikirkan Bukit Ibam memiliki ramai penduduk dan anak– anak mereka perlukan pembelajaran yang sempurna, pihak Jabatan Pelajaran pada masa itu menubuhkan sebuah sekolah yang dinamakan SK Bukit Ibam (SKBI) pada tahun 1964.

     Seawal penubuhan, SKBI telah diterajui oleh En Hamzah B Sulung beserta 5 orang guru dengan kemudahan 3 bilik darjah, kantin, air dan elektrik. Murid pula seramai 43 orang yang terdiri daripada murid melayu dan asli. Pertambahan bilangan murid  meningkat kepada 136 orang apabila lebih ramai pekerja lombong baru menetap di sini. Setiap tahun, pertambahan bilangan murid semakin menggalakan sehingga 281 orang dengan 9 tenaga pengajar pada tahun 1970.

     Namun, kegemilangan SKBI tidak bertahan lama. Rompin Co terpaksa ditutup. Akibat dari itu, pengurangan murid mula terasa apabila ramai bekas pekerja lombong pulang ke negeri masing– masing. Sehinggalah pada 20.10.1970 kehadiran PPSK bagi membincangkan penutupan SKBI. Sehingga Sept 1970 seramai 52orang murid telah ditukarkan ke SK Leban Condong, Rompin. Segala peralatan dan fail– fail diserahkan kepada Pejabat Pelajaran Pekan. Awal 1971, SKBI ditutup dengan rasminya.

    Berkat jasa PM Malaysia, Tun Hj Abdul Razak maka Bukit Ibam di letakan dibawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA). Demi menjaga pembelajaran kanak– kanak di sini, maka pada 15 Julai 1971 SKBI ditubuhkan semula di atas tapak Sekolah Inggeris Bukit Ibam dengan seramai 10 orang tenaga pengajar dan diterajui oleh En Syed Abd.Rahman B Syed Ishak. Bilangan murid pada awal penubuhan hanyalah seramai 11 orang (4 lelaki, 7 perempuan) Peningkatan keramaian murid terus berkembang sehinggalah ke hari ini.

back to top